
“Saya nak beli barang dari kedai online Jepun, tapi saya tak faham bahasa Jepun dan saya tak pasti sama ada mereka buat pengiriman ke luar negara atau tak…”
Jangan risau! ZenMarket sedia membantu anda. ZenMarket menawarkan perkhidmatan proksi beli-belah Jepun. Maksudnya, kami mewakili anda membeli barangan yang anda inginkan dari mana-mana kedai online Jepun yang kebanyakannya tidak membuat pengiriman ke luar Jepun. Menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh berbelanja di laman gergasi Jepun seperti Amazon Japan dan Rakuten. Jika anda ingin mendapatkan barangan rare dan vintaj pada harga yang berbaloi, anda juga boleh membuat bidaan di laman lelongan terbesar di Jepun (Yahoo! Auctions) secara langsung di mana jua anda berada!
ZenMarket menawarkan perkhidmatan:
- Bantuan khidmat pelanggan multibahasa 24 jam sehari.
- Satu tempat untuk membuat pembelian dari beribu-ribu laman Jepun.
- Penggabungan barangan menjadi satu bungkusan untuk pengiriman antarabangsa.
- Browsing laman-laman Jepun dalam bahasa anda.
- Tidak perlu mendaftar berkali-kali di pelbagai laman pembelian online yang berbeza.
Kesemua ini sudah termasuk dalam caj perkhidmatan ZenMarket sebanyak 300 yen (kira-kira 3 USD) bagi setiap item. Kadar rata ini adalah tetap, tanpa mengira harga barangan yang anda beli.
“Saya nak buat akaun ZenMarket!”
Mudah sahaja! Anda hanya perlukan satu daripada tiga akaun ini:
- Alamat e-mel

Pada laman web ZenMarket, anda akan lihat butang “Daftar” di bahagian atas sebelah kanan. Klik butang tersebut dan anda akan dialihkan ke halaman pendaftaran.
Ikuti langkah yang tertera, dan kurang daripada seminit, pendaftaran anda selesai. Anda kini seorang daripada keluarga besar ZenMarket!

Buat masa ini, kami memberikan bonus sebanyak 300 yen kepada setiap pengguna baharu, yang akan didebitkan di akaun ZenMarket anda secara automatik.
Ketika mendaftar, jangan lupa memasukkan kod promosi (jika ada) kerana anda tidak dapat memasukkannya setelah pendaftaran selesai.
“Saya dah daftar. Ajar saya cara-cara menggunakan ZenMarket!”
Wah, semangatnya! Baiklah, cara menggunakan ZenMarket sangat mudah. Anda hanya perlu ikuti 5 langkah berikut.
Tapi sebelum tu tambah baki akaun anda terlebih dahulu untuk memudahkan urusan seterusnya.


Langkah 1: Cari dan masukkan item ke troli anda
Cari item di mana-mana kedai online Jepun melalui internet, atau lihat laman beli-belah yang kami sarankan di laman web kami (ZenPlus, Yahoo! Shopping, Rakuten, Amazon dan atau kedai-kedai lain).

Salin URL item berkenaan, dan tampal ke bar carian ZenMarket. Kemudian tekan butang Enter atau ikon +.

Tetingkap pop-up seperti berikut akan dipaparkan. Masukkan perincian item anda jika perlu, seperti saiz, warna dan sebagainya. Kemudian klik butang tambah.

Staf kami akan dimaklumkan mengenai item anda, dan akan mula menyemak ketersediaan item anda (ada dalam stok atau tidak) dan harga (termasuk kos penghantaran domestik ke gudang ZenMarket). Proses ini akan mengambil masa kira-kira 24 jam untuk diselesaikan. Anda boleh menyemak status item anda melalui Akaun Saya pada bila-bila masa sahaja.

Atau anda boleh terus search di ruangan yang disediakan oleh Zenmarket


Langkah 2: Semak jumlah kos pembayaran, tambah wang dan buat pembayaran item
Setelah item anda disahkan, paparan status item pada akaun anda akan bertukar. Anda boleh melihat jumlah kos yang perlu dibayar merangkumi harga barang, caj perkhidmatan ZenMarket dan kadar penghantaran domestik.

Jika anda ingin teruskan pembelian, terlebih dahulu anda perlu menambah wang yang mencukupi untuk menampung jumlah kos di atas. Klik butang “Tambah Wang” dan pilih kaedah pendepositan yang anda inginkan.
Setelah menambah wang ke baki akaun anda, anda boleh membuat pembayaran dengan hanya satu klik pada butang “Bayar” yang berwarna jingga.
Selepas menerima pembayaran daripada anda, kami akan membuat pembelian item anda. Item tersebut biasanya dihantar ke gudang ZenMarket dalam tempoh seminggu kemudian (item lelongan dari Yahoo! Auction selalunya mengambil masa yang lebih panjang).
Langkah 3: Tunggu
Sementara menunggu item anda dihantar ke gudang kami, anda boleh memohon perkhidmatan tambahan iaitu foto item yang akan dicaj sebanyak 500 yen (kira-kira 5 USD). Jika anda memohon perkhidmatan ini, kami akan mengambil beberapa keping gambar item anda setelah ketibaanya di gudang kami, untuk anda pastikan ketepatan dan kondisi item tersebut sebelum mengirimkannya ke alamat anda.
Kami menyarankan anda mengambil perkhidmatan ini terutamanya untuk barangan yang mahal, kerana penukararan atau pengembalian item yang telah dikirimkan adalah sangat sukar, mengambil masa dan wang.
Untuk memohon perkhidmatan ini, klik ikon tambah.

Tetingkap pop-up berikut akan muncul, dan anda boleh perincikan jenis foto yang anda ingin lihat. Walaupun ianya hanya pilihan, kami menyarankan anda mengisi ruangan ini supaya staf kami tahu foto sebagaimana yang perlu diambil. Operator kami akan menterjemah komen anda ke dalam bahasa Jepun supaya boleh difahami oleh staf di gudang.

Langkah 4: Buat bungkusan
Setelah item anda tiba di gudang kami, anda boleh membuat bungkusan untuk pengiriman antarabangsa.
Klik butang “Bungkusan” di sebelah kiri akaun anda. Kemudian anda hanya perlu mengikuti langkah yang tertera.


Beberapa peringatan penting berkaitan pembuatan bungkusan:
i) Anda boleh membuat permintaan spesifik berkaitan bungkusan anda dengan menandakan kotak terakhir dalam bahagian “Pilihan Pembungkusan”. Antara permintaan yang selalu dibuat adalah:
- pengurangan nilai perisytiharan (declared value)
- cara pembungkusan (bergantung kepada keadaan, tidak semua permintaan dapat dipenuhi
ii) Anda boleh menukar kaedah pengiriman dan nilai perisytiharan tanpa perlu membatalkan bungkusan, selagi bungkusan anda belum dibayar.
iii) Anda boleh membatalkan bungkusan secara percuma 10 minit selepas anda membuatnya. Setelah itu, caj pembatalan sebanyak 1000 yen akan dikenakan.
iv) Sebarang perubahan (penambahan atau pengurangan item) terhadap bungkusan yang sudah siap dibungkus oleh staf kami akan dikenakan caj pembungkusan semula sebanyak 1000 yen.

Langkah 5: Bayar kadar pengiriman antarabangsa
Selepas membuat bungkusan melalui akaun anda, barangan anda akan dibungkus oleh staf kami. Setelah pembungkusan selesai, anda boleh melihat maklumat bungkusan anda (saiz, berat, kadar pengiriman antarabangsa, dll.) dan membuat pembayaran kadar pengiriman antarabangsa.
Bungkusan anda akan dikirimkan dalam tempoh 1 atau 2 hari selepas pembayaran diterima.

Sekarang, anda hanya perlu menunggu ketibaan bungkusan anda dari Jepun!
Nota Kaki :
Sebelum anda membeli, anda perlu lihat carta di bawah untuk menjangka anggaran peruntukkan yang perlu anda bayar sepanjang proses pembelian.

Harga bagi setiap peringkat
1- Anda perlu bayar harga item sama ada harga asal mahupun harga bidaan yang anda telah menang.
2- Anda perlu bayar caj khidmat Zenmarket (300 Yen) untuk setiap item dari setiap penjual.
3- Anda perlu bayar kos penghantaran domestik (dari penjual ke gudang Zenmarket) jika ada.
4- Setelah item sampai di gudanag, setelah proses pembungkusan anda akan diberitahu jumlah yang perlu dibayar untuk upah pembungkusan dan penghantaran ke Malaysia. Caj ini dikenakan bergantung kepada perkhidmatan courier yang anda pilih berdasarkan gambar di bawah

Penting !
Kira dengan teliti berat dan size item anda untuk mengelakkan caj berlebihan semasa pembungkusan berlaku.
Selamat mencuba.!
Sumber : Zenmarket
