Category Archives: BLOG

rezeki

“Lain orang lain rezeki. Ada yang dapat anak dulu baru kawin, ada yang dah kawin tapi tak dapat anak. Ada yang belum grad dah jadi doktor dan ada yang dah lama grad tapi belum jadi doktor”

Inilah lumrah hidup manusia. Banyak sangkaan kita menjadi lebih baik untuk kita walaupun ada kalanya ia bukan apa yang kita mahu. Okay, macam serious pula intro admin. Dalam artikel kali ni admin nak buka minda korang yang sejuk beku akibat banyak minum boba tea tu.

Jodoh adalah rezeki, ajal pun adalah rezeki. Sebab ada yang ajal lambat dan ada yang ajal awal. Anak adalah rezeki, sudah pasti setiap nikmat yang diterima adalah rezeki. Begitu juga ujian dan musibah adalah rezeki. Manusia tak akan rasa nikmat sebelum daripadanya mesti ada ujian.

Tak salah inginkan sesuatu yang baru dan lebih baik (dari sangkaan kita), cuma mulakan dahulu dengan syukur dengan apa yang tiada dan rasai kenikmatan apa yang dimiliki tetap dengan bersyukur. Ada manusia dikurniakan penglihatan yang baik, tapi melihat mereka berkaca mata lebih mendapat nikmat kerana nampak menarik sedangkan dia lupa apa yang telah ada pada diri.

Manusia tak akan merasai sesuatu yang ada kecuali ianya hilang atau ditukar ganti dengan sesuatu yang baru tidak kira ia lebih baik atau sebaliknya. Kita lihat dalam soal perkahwinan, kawin 4 adalah rezeki manakala kawin seorang pun dikira rezeki. Sebab bukan semua manusia mampu walaupun mahu. Point admin disini adalah besederhana dalam menjalani alam kehidupan. Jangan taksub dengan sesuatu perkara kerana tiada syarat pemilikan apa jua di dunia kecuali hanyalah pinjaman.Bila-bila masa boleh ditarik semula.

Rezeki juga adalah ujian bagi setiap manusia. Setiap sesuatu yang datang pasti ada hikmah dan tanggungjawab tersendiri seperti isteri adalah rezeki dan isteri isteri adalah ujian bagi suami. Peperiksaan adalah ujian dan result adalah keputusan (tak beerti akhir) tetapi menunjukkan kesungguhan seseorang.

Kita membuat persiapan untuk peperiksaan sangat lama. Banyak kaedah dan masa digunakan untuk lulus. Tidak berbaloi untuk kita samakan hasil peperiksaan dengan usaha yang dibuat bagi tujuan peperiksaan. Mungkin rezeki kita tidak ditakdirkan begitu pandai berbanding yang lain. Ujian itu adalah menjurus kepada satu skop kecil dan bukan merangkumi semua bidang ilmu dan kepakaran (skill).

Ia mungkin menjadi penanda aras untuk sebuah perkara asas atau dijadikan ianya normal untuk pelajar mesti berjaya pada ujian dan masa depan mereka akan teserlah. Bukan semua guru yang ada hari ini memiliki skill mengajar yang sama. Ada diantara mereka cuma mempunyai sijil spm tetapi mampu mengurus dan menjadi cikgu yang baik kepada anak-anak mereka. Lihatlah Dia membahagikan rezeki kepada seluruh hamba-hamba-Nya.

Okay admin tutup posting kali ni dengan soalan yang korang sendiri kena jawab. Berapa kali korang minum Boba tea bulan ni? =)

Unlock

Ramai di antara kita berhubung dan berkomunikasi menggunakan aplikasi di dalam smartphone berbentuk chat sama ada whatsapp, wechat, mesangger dan lain-lain terutama sekali bagi mereka yang berpasang-pasangan antara berlainan jantina (kekasih) sama ada baru menjalin hubungan mahupun telah lama.

Apa yang admin nak kongsi kali ni korang boleh rujuk pada tajuk iaitu “unlock“. setiap pasangan kekasih lebih-lebih lagi yang baru bercinta sudah pasti asyik antara keduanya membalas whatsapp sama ada dalam hal yang penting mahupun remeh. Kebiasaannya yang lelaki akan mulakan perbualan (perempuan pun ada). Cuma pada peringkat awal, perbualan adalah dalam suasana yang aman dan gaya bahasa serta penulisan yang normal. Tidak kiralah mereka adalah pasangan kekasih mahupun hanya berkawan, perkara ini tetap akan berlaku dalam perbualan.

Tapi lama kelamaan, akan ada salah seorang atau dua-dua mula unlock perkataan-perkataan yang beremosi dengan pelbagai cara dan kaedah tersendiri. Itu tak dapat dinafikan bagi setiap pasangan kekasih yang belum berkahwin sebaik mana pun individu tersebut. Adakah ini tidak dibenarkan ? itu admin malas sentuh. Cuma di sini admin nak korang perhatikan gelagat dan kaedah yang digunakan oleh mereka.

Perkataan yang biasa mereka gunakan pada awal-awal ialah “rindu” kemudian “sayang” kemudian perkataan yang lebih berat atau membawa kepada makna lucah. Cara yang sering digunakan adalah dalam keadaan typo untuk beberapa perkataan dan mereka akan lihat respon pasangan jika tidak menunjukkan reaksi marah atau tidak suka, kiranya mereka sudah unlock satu perkataan baru untuk dimasukkan di dalam text harian.

Lama kelamaan perasaan malu mula tipis bergantung kepada berapa banyak perkataan telah di alkalikan oleh mereka. Pada masa tu korang dapat tengok mereka akan membaca mesej sambil senyum-senyum, tak senang duduk dan sebagainya. Kalau korang dalam situasi tu, lebih baik beri amaran awal jika hanya ingin berkawan kerana jika tidak, perkara ni akan berterusan yang agak terganggu.

Apa yang patut dilakukan bagi mengelakkan perkara ini berterusan ialah dengan mengabaikan reply tersebut dan ubah topik kepada topik lain atau hentikan perbualan terus. Sebenarnya satu perasaan seronok dan gian akan dirasai oleh mereka kerana dapat meluahkan perasaan melalui emosi dalam bentuk penulisan walaupun tidak ada apa-apa hubungan yang menghalalkan lagi. Ketagihan akan berlaku dan mereka akan semakin berani untuk berbuat demikian dengan sesiapa saja bergantung kepada masa dan penerimaan gaya bahasa seseorang itu.

Konvo

Semua mahasiswa pasti menantikan saat ini. Apabila segulung sijil tanda berakhir sesuatu peringkat pengajian tidak kira apa-apa sijil kelayakan sekalipun pasti berasa gembira pada hari konvokesyen. Cuma di sini admin akan bercerita tentang emosi pada hari kejadian.

Sudah pasti bukan terus habis-habis belajar kita terus ke majlis konvo kan. perlu menunggu sekian waktu bagi persiapan dilakukan. Pada masa itu kita bertemu rakan sahabat seperjuangan semula. Masa tu, ada yang telah berkahwin, bekerja, masih menganggur dan sebagainya. Di samping kehadiran ibubapa individu yang kita pernah tersuka tanpa sengaja, ada hati dalam diam dan bakal tunang atau pasangan hidup kita.

Rasa sedih, gembira, riang dan lain-lain semua ada pada saat itu. Semestinya pakaian yang dikenakan adalah yang terbaik serta terkini kerana menyambut hari bersejarah dalam dunia universiti atau kampus. Admin pun sebenarnya lagi sebulan nak konvo. Itu yang terdetik nak tulis blog ni. Masa tu banyak gerai akan dibuka. Antara gerai yang terkenal adalah gerai bunga, patung beruang pakai topi petak, gerai chocolate, gerai makanan, gerai gambar dan sebagainya yang dibuka oleh warga awam mahupun pelajar kolej sendiri.

Lepas habis majlis, semua keluar dewan sesi fotographer bersama keluarga, rakan dan pasangan kekasih (kalau ada). Masa tu berkenal-kenalan dengan bakal mertua dan ipar, makan sama-sama dan luahkan hasrat dihati,

Tapi dalam suasana yang ceria semasa majlis konvokesyen ni ada benda yang tak syok. Kan ? Mesti korang tahu apa. masa ambil dan pulang jubah. Huhh.! masa ni boleh buat gaduh, sekejap tukar tarikh dan sebagainya. pasal harga tu belum kira lagi. RM350 tu dalam tangan. belum campur ambil gambar saiz S ke saiz M ke itu harga lain. Orang muda kata “bukan beshe-beshe

Admin percaya lepas je habis semua balik rumah, penuh tag dalam media sosial gambar konvo, ucapan tahniah (walaupun pointer ke laut) dan soalan-soalan “sijil belajar dah dapat, sijil nikah bila lagi” dan lain-lain daripada sahabat maya. Belum kira soalan makcik dan uncle bawang yang tidak pernah tak sentap. So pandai-pandai lah korang siapkan awal-awal jawapan tu. Admin pun tengah buat skrip senang nak menjawap nanti.

Okay lah setakat ni saja. Terima kasih pada yang sudi baca sampai habis. korang memang terbaik…!!! Sambung artikel lepas admin selesai konvo ye nanti banyak benda boleh di update. Stay tuned.!