youtube

Kali ni admin nak story pasal youtube. Haa sebelum tu “Too english audience, please translate my text to your language” sebab ada reader admin dari negara luar. Hihi

Okay, admin bukan nak cerita macam mana nak layan youtube, berapa lama nak layan dan sebagainya. Cuma dalam post kali ni admin nak cerita macam mana admin buat duit atau jana pendapatan dengan Youtube. Nampak menarik kan? haha pertama bagi yang tak tahu, setiap platfom macam Facebook, Instagram, Youtube, Website ni sekalipun kita boleh jana beberapa RM sebagai side income.

Tapi admin nak spesifikkan kepada youtube. Admin mula buat channel youtube dah lama. tapi kena block disebabkan beberapa perkara. So admin buat lah channel baru mula Feb 2019 so sampai sekarang dah masuk 6 bulan. Dalam youtube ni korang boleh upload je apa-apa kontent tak kira dosa pahala asalkan dapat perhatian dan view yang tinggi cuma hasil yang korang dapat tu faham-faham jela.

Disebabkan admin minat pada gadget, so channel admin spesifikkan kepada gadget, tech, apps dan apa-apa berkaitan dengan teknologi atau eletrikal. Ada selit video vlog dan sebagainya tapi tak banyak. Ia mudahkan youtube kesan channel kita ni bawah kategeri mana so senang dia nak suggestkan kepada penonton melalui SEO (search engine optimization.

Pekdek cerita, dari situ je admin boleh dapat RM200-RM500 sebulan bergantung pada kontent dan idea masing-masing. Tapi pada awal-awal memang takla dapat apa. Admin kena fokus upload kontent lepas 3 bulan baru dapat hasil. So sekarang ni setiap seminggu wajib upload satu ke dua video untuk pastikan rating naik so senang orang jumpa channel admin.

Admin bukan lah insta-famous atau influencer ke apa. Cuma hobi buat kontent dan upload video. Kadang-kadang buat la sekali dua paid review tapi untuk produk yang murah-murah je. Sekarang ni admin target untuk monetize channel youtube admin perlukan view dan subscriber lagi. mana yang baik hati boleh la melawat channel admin nanti. Link admin letak dekat bawah. hihi.

Okay tu saja. Saja menaip pepagi buta ni sebab terbangun awal. Point disini admin nak cakap buat sesuatu tu biar fokus, jangan layan perkataan negatif orang pada usaha kita. keep moving. InsyaAllah ada hasil yang kita akan rasa puas hati dengan usaha kita. Tengs guys.. Jumpa dalam posting akan datang.

Jum singgah channel admin

Mech Keyboard

Petang tadi admin jalan-jalan la dekat KCM (Kuantan City Mall) sebab teman anak saudara dengan parents dia. So admin merayap la sampai ke aras atas untuk beli sesuatu. Tetiba nampak satu kedai ni, kedai baru sebab sebelum ni tak perasan pun kedai tu ada. So masuk la kedai tu tapi yang pelik kedai Pc tapi kosong tak ramai orang.

Masuk masuk ada sorang awek ni di tanya la nak cari apa. Admin sebenarnya terpukau dengan gadget-gadget dalam kedai tu lebih-lebih lagi mechanical keyboard. Fuhh kalau Razer Blackwiddow to merechuk guys…

Tapi sebab bajet ciput, so cari yang below RM200. Awek tu follow la admin pegi tengok yang tu yang ni. Sampai 4 ke 5 kotak mech key dia bukak. Kesian dia penat. Dari tudung elok sampai senget-senget tudung. Dia pun baru dekat situ lebih-lebih kedai tu baru sebulan buka di situ. banyak benda admin yang bagitahu dia ni guna untuk apa dan ini guna untuk apa.

Nak dekat 1 jam dia duk layan admin tapi malangnya takda yang berkenan di hati (kecuali dia) huhu. Sedih jugak sebab memang nak beli tengok susah payah dia. Tapi fikir-fikir tak berbaloi dengan harga dan brand. So admin pun ajak la dia duduk sembang pasal gadget ni. Dia kata la ada fanpage dan shopee so admin follow la. Sempat jugak ambik gambar dia dan mintak nombor fon. Lepas tu admin cakap next time kalau ada item baru masuk boleh la post di fanpage. nanti admin datang.

Serba salah keluar dari kedai tu. memang admin sorang je customer dalam tu. Dia pun duk melayan dan tak paksa dan push pun untuk beli. Selesa je rasa tak macam sesetengah kedai tu. Takpa nanti 2 minggu lagi admin nak datang dan beli sesuatu tanda terima kasih dan support kedai melayu. Thanks for surve admin bebaik tadi.

Ni Facebook page kedai tu korang boleh tengok kalau nak pergi. petik nama admin dapat murah. huhu.

rezeki

“Lain orang lain rezeki. Ada yang dapat anak dulu baru kawin, ada yang dah kawin tapi tak dapat anak. Ada yang belum grad dah jadi doktor dan ada yang dah lama grad tapi belum jadi doktor”

Inilah lumrah hidup manusia. Banyak sangkaan kita menjadi lebih baik untuk kita walaupun ada kalanya ia bukan apa yang kita mahu. Okay, macam serious pula intro admin. Dalam artikel kali ni admin nak buka minda korang yang sejuk beku akibat banyak minum boba tea tu.

Jodoh adalah rezeki, ajal pun adalah rezeki. Sebab ada yang ajal lambat dan ada yang ajal awal. Anak adalah rezeki, sudah pasti setiap nikmat yang diterima adalah rezeki. Begitu juga ujian dan musibah adalah rezeki. Manusia tak akan rasa nikmat sebelum daripadanya mesti ada ujian.

Tak salah inginkan sesuatu yang baru dan lebih baik (dari sangkaan kita), cuma mulakan dahulu dengan syukur dengan apa yang tiada dan rasai kenikmatan apa yang dimiliki tetap dengan bersyukur. Ada manusia dikurniakan penglihatan yang baik, tapi melihat mereka berkaca mata lebih mendapat nikmat kerana nampak menarik sedangkan dia lupa apa yang telah ada pada diri.

Manusia tak akan merasai sesuatu yang ada kecuali ianya hilang atau ditukar ganti dengan sesuatu yang baru tidak kira ia lebih baik atau sebaliknya. Kita lihat dalam soal perkahwinan, kawin 4 adalah rezeki manakala kawin seorang pun dikira rezeki. Sebab bukan semua manusia mampu walaupun mahu. Point admin disini adalah besederhana dalam menjalani alam kehidupan. Jangan taksub dengan sesuatu perkara kerana tiada syarat pemilikan apa jua di dunia kecuali hanyalah pinjaman.Bila-bila masa boleh ditarik semula.

Rezeki juga adalah ujian bagi setiap manusia. Setiap sesuatu yang datang pasti ada hikmah dan tanggungjawab tersendiri seperti isteri adalah rezeki dan isteri isteri adalah ujian bagi suami. Peperiksaan adalah ujian dan result adalah keputusan (tak beerti akhir) tetapi menunjukkan kesungguhan seseorang.

Kita membuat persiapan untuk peperiksaan sangat lama. Banyak kaedah dan masa digunakan untuk lulus. Tidak berbaloi untuk kita samakan hasil peperiksaan dengan usaha yang dibuat bagi tujuan peperiksaan. Mungkin rezeki kita tidak ditakdirkan begitu pandai berbanding yang lain. Ujian itu adalah menjurus kepada satu skop kecil dan bukan merangkumi semua bidang ilmu dan kepakaran (skill).

Ia mungkin menjadi penanda aras untuk sebuah perkara asas atau dijadikan ianya normal untuk pelajar mesti berjaya pada ujian dan masa depan mereka akan teserlah. Bukan semua guru yang ada hari ini memiliki skill mengajar yang sama. Ada diantara mereka cuma mempunyai sijil spm tetapi mampu mengurus dan menjadi cikgu yang baik kepada anak-anak mereka. Lihatlah Dia membahagikan rezeki kepada seluruh hamba-hamba-Nya.

Okay admin tutup posting kali ni dengan soalan yang korang sendiri kena jawab. Berapa kali korang minum Boba tea bulan ni? =)

Design a site like this with WordPress.com
Get started