Berubah atau diubah

Assalamualaikum n Selamat tengah hari

Dua kisah bermula:

 1. Nokia menolak Android

 2. Yahoo menolak Google

 Pelajaran:

 1. Ambil risiko.

 2. Menolak perubahan.

 3. Sekiranya anda enggan berubah dengan masa, anda mungkin akan binasa.

 Dua kisah lagi:

 1. Facebook mengambil alih whatsapp dan instagram.

 2. Grab mengambil alih Uber

 Pelajaran:

 1. Menjadi sangat kuat sehingga pesaing anda menjadi sekutu anda.

 2. Mencapai kedudukan teratas dan kemudian menghilangkan persaingan.

 3. Terus berinovasi.

 Dua lagi kisah:

 1. kolonel Sanders mengasaskan KFC pada usia 65 tahun.

 2. Jack Ma, yang tidak dapat pekerjaan di KFC, mendirikan Alibaba.

 Pelajaran:

 1. Umur hanyalah angka

 2. Hanya mereka yang terus berusaha berjaya

 Akhir sekali:

 1. Lamborghini ditubuhkan kerana membalas dendam pemilik traktor yang dihina oleh Enzo Ferrari, pengasas Ferrari

 Pelajaran:

 1. Jangan sesekali memandang rendah sesiapa pun !!

 2. Kejayaan adalah balas dendam yang terbaik.

Man using scissors to remove the word can’t to read I can do it concept for self belief, positive attitude and motivation

 ✔️Hanya terus berusaha.

 ✔️ Luangkan masa anda dengan bijak.

 ✔️Jangan takut gagal.

Avana : e-commerce platform creator

Avana adalah salah satu website yang dibina dan menyediakan perkhidmatan webstore atau e-commerce store kepada pemilik perniagaan dan sesiapa saja yang ingin membina online store sendiri tanpa pandai selek belok koding designer dan sebagainya.

Lebih daripada 1000 slot produk dibenarkan dipamer di dalam store anda dengan harga dan tawaran yang berbaloi. Avana mempunyai dua pakej iaitu personal dan bisnes. Harga pakej yang dikenakan per tahun adalah sejumlah RM429 – RM729 dengan pelbagai plugin yang lengkap serta domain percuma selama tempoh tersebut (1 tahun)

Daftar secara percuma dan anda dapatkan 14 hari trial-mode jika anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan, anda boleh membuat langganan berdasarkan pakej yang ditawarkan. Bukan saja webstore ini dapat dijadikan tempat anda menjual, malah ia dijadikan tempat anda membina jenama sendiri serta mengetengahkan jenama anda mengatasi pesaing lain yang hanya menjual di public e-commerce saja.

Anda mungkin boleh menggunakan laman web lain untuk membina jenama tetapi untuk membina online store, ia akan memakan kos yang tinggi dan memerlukan kepakaran dalam bidang tertentu jika anda mengupah orang luar membuat website jualan untuk anda, sekurang-kurangnya anda perlukan RM3000 ke RM4000 untuk proses pembinaan kemudian setiap kali ada penambahan dan perubahan, caj akan dikenakan lagi. Jadi, jika anda ada modal yang kecil, gunakan Avana.

RM429 / 12 bulan = RM35.75 sebulan.! Tonton video di bawah untuk lebih faham.

Avana – Bina E-Commerce Anda Sendiri

Andai doa mendahului takdir

Cinta dan rindu, keduanya adalah fitrah dalam diri manusia. Dia jadikan manusia berpasang-pasangan untuk kenal satu sama lain bersama menuju kepadanya kelak. Dihamparkan dunia seluasnya mengajar manusia erti jarak dan kemudian diajarkan manusia untuk berdoa agar manusia itu mendekatkan.

Takdir mendahului kita, sebelum kita ada ia sudah tercatat di luh mahfuz sama ada kita suka mahupun tidak. Tetapi manusia dikurniakan pilihan selagi mana ia masih berada di alam dunia, bebas memilih apa yang dia suka dan tidak. Islam datang kemudian membawa syariat yang mendekatkan insan dengan tuhan, mendekatkan jarak dua alam yang berlainan dengan hanya berdoa.

“Aku kira doa itu bahasa cinta dan rindu yang paling angkuh ketika takdir tidak lagi mampu menyatukan”

Jiwa manusia dihadirkan rasa rindu pada apa yang dirasakan selamat dan tenang, sifat kasih kepada sesuatu kadang kala mengatasi akal insan untuk bekorban demi mendapatkan apa jua yang diidamkan. Al-quran adalah panduan membawa manusia kepada tuhan, bukan sebagai beban, bukan juga sebagai pemanis lisan yang mana ia akan menjadikan manusia itu beriman.

Ada kala sesuatu yang dihajati tidak mampu dimiliki tetapi Allah tidak pernah menghampakan manusia dengan takdir yang telah tercipta kerana itu didatangkan doa sebagai harapan dan cita-cita agar manusia terasa ada pencipta yang mendengar apa yang dia minta serta menunaikan apa yang dipinta.

Jodoh merupakan anugerah Ilahi kepada hambanya tidak kira insan itu beriman ataupun sebaliknya. Ikhtiar dan usaha adalah proses perjalanan, takdir dan doa serta tawakal yang kuat mampu memberikan insan harapan agar merasa lebih tenang dalam mengharungi kehidupan.

Hakikatnya manusia inginkan ketenangan dengan jalan yang dirasakan itu adalah pilihan yang terbaik yang mampu diadakan olehnya bagi melakar satu lembaran kehidupan yang diimpikan. Seandainya doa mampu mengubah takdir yang telah diaturkan, mengapa perlu menunda proses berdoa selagi mana usia masih muda dan perjalanan masih panjang sesungguhnya jika benar takdir itu tidak dapat diubah, adakah kita tahu apa yang telah ditakdirkan?

Design a site like this with WordPress.com
Get started