Avana : e-commerce platform creator

Avana adalah salah satu website yang dibina dan menyediakan perkhidmatan webstore atau e-commerce store kepada pemilik perniagaan dan sesiapa saja yang ingin membina online store sendiri tanpa pandai selek belok koding designer dan sebagainya.

Lebih daripada 1000 slot produk dibenarkan dipamer di dalam store anda dengan harga dan tawaran yang berbaloi. Avana mempunyai dua pakej iaitu personal dan bisnes. Harga pakej yang dikenakan per tahun adalah sejumlah RM429 – RM729 dengan pelbagai plugin yang lengkap serta domain percuma selama tempoh tersebut (1 tahun)

Daftar secara percuma dan anda dapatkan 14 hari trial-mode jika anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan, anda boleh membuat langganan berdasarkan pakej yang ditawarkan. Bukan saja webstore ini dapat dijadikan tempat anda menjual, malah ia dijadikan tempat anda membina jenama sendiri serta mengetengahkan jenama anda mengatasi pesaing lain yang hanya menjual di public e-commerce saja.

Anda mungkin boleh menggunakan laman web lain untuk membina jenama tetapi untuk membina online store, ia akan memakan kos yang tinggi dan memerlukan kepakaran dalam bidang tertentu jika anda mengupah orang luar membuat website jualan untuk anda, sekurang-kurangnya anda perlukan RM3000 ke RM4000 untuk proses pembinaan kemudian setiap kali ada penambahan dan perubahan, caj akan dikenakan lagi. Jadi, jika anda ada modal yang kecil, gunakan Avana.

RM429 / 12 bulan = RM35.75 sebulan.! Tonton video di bawah untuk lebih faham.

Avana – Bina E-Commerce Anda Sendiri