Pos barang dari rumah menggunakan easyparcel

Easyparcel adalah sebuah website atau servis yang menjadi orang tengah kepada pelbagai courier yang ada di Malaysia seperti Poslaju, J&T Express, GDex, Skynet, Citylink dan sebagainya. Di sini anda boleh membuat tempahan pengiriman barang secara dalam talian (online) bagi menjimatkan masa dan tenaga.

Sama ada anda ingin drop-off barang di branch atau ingin pihak courier datang ke rumah (alamat anda) untuk pick-up barang bagi pihak anda adalah disediakan melalui easyparcel. Tidak perlu keluar rumah. Packing siap-siap apa yang ingin dikirim mengikut kaedah dan cara yang disyorkan oleh pihak easyparcel.

Tidak lupa juga anda memerlukan printer dan penimbang untuk menyiapkan bungkusan serapi boleh untuk tujaan membungkus dan menghantar ke pos office.

Kebiasaannya sekiranya anda book barangan anda sebelum jam 12 tengah hari, courier akan pick-up pada hari yang sama dan jika selepas jam 12 tengah hari, keesokan harinya akan berlaku proses pick-up barang anda. Lebih-lebih lagi pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, agak sukar untuk keluar rumah untuk pergi ke pejabat pos, easyparcel adalah platfom yang sesuai digunakan oleh para peniaga dan sebagainya bagi meneruskan urusan dan jual beli.

Berikut adalah harga tambah nilai yang ditawarkan oleh pihak easyparcel untuk anda gunakan sebagai kredit bagi membuat oder. Serendah RM20 sahaja adalah amat berbaloi bagi mereka yang pertama kali dan risau untuk mencuba perkhidmatan ini dan sudah pasti harga yang disediakan adalah lebih murah daripada harga dan kos yang anda perlu bayar dan keluarkan untuk pos di pejabat pos.

Untuk keterangan lebih lanjut, saya ada sediakan beberapa video untuk memudahkan anda faham berkenaan website ini.

Video 1 : Penerangan Umum
Video 2 : Tutorial Cara Pembelian

Layari https://easyparcel.com/my/en/