Semua manusia inginkan hajat dan permintaan mereka ditunaikan. Dalam Islam, penganutnya diajar untuk meminta dan berdoa kepada Allah s.w.t dengan sepenuh penuh keyakinan. Kami ni admin nak kongsikan pengalaman dan sedikit tips untuk berdoa.
Perkara pertama ialah ubaj rutin harian kita dan cuba semampu boleh masuk tidur lebih awal daripada kebiasaan (jam 10-11 malam). Bangun 1/3 malam atau bangun awal setengah jam sebelum subuh dan mandi serta tunaikan beberapa solat iaitu dahulukan dengan solat tahajjud 2 rakaat, kemudian disusuli solat sunat taubat 2 rakaat dan akhir sekali solat hajat 2 rakaat. Kemudian tunggu sehingga azan subuh (sebaiknya berjemaah ke masjid). Jika hanya di rumah, Ambil wuduk lagi sekali dan tunaikan solat sunat 2 rakaat (qabliyah) dan diteruskan dengan solay subuh. Selesai solat, duduk seketika dan berdoa secara ringkas apa yang kita hajatkan (lisan atau dalam hati). Setelah itu ambil al-Quran dan buka secara rawak lalu mulakan bacaan di muka surat sebelah kanan dan kiri. Insyaallah dalam ayat tersebut kita akan dapati Allah menjawab persoalan yang kita mohon dalam doa kita sebentar tadi (rujuk maksud ayat jika kurang faham) selepas itu.

Solat berjemaah di masjid sangat dituntut dalam Islam. Pahala berlipat kali ganda berbanding solat berseorangan di rumah. Bagi admin, admin lebih suka untuk baca al-Quran di rumah tanpa ada sesiapa melihat dan itu menjadikan suasana tenang dan menenangkan jiwa. Tapi lepas solat di masjid tetap akan ambil al-Quran dan baca beberapa ayat kerana al-Quran merupakan warisan Rasulullah kepada umatnya pada akhir zaman.
Banyak lagi waktu berdoa yang mustajab antaranya selepas membaca al-Quran, selepas solat, dalam sujud, antara azan dan iqamah, antara dua khutbah, di masjidil haram (haramain) sebelum azan maghrib bulan ramadhan dan sebagainya. Cuma kali ini secara spesifik admin nak share berdasarkan pengalaman yang lepas agar dapat memberi sedikit harapan baru kepada semua pembaca.