Monthly Archives: July 2019
MENARIK
Dalam ruangan ini admin akan memberikan beberapa potongan ayat atau situasi yang anda tidak pernah terfikir dan semestinya seperti tajuk ia adalah menarik.
“otak manusia seperti sebuah cip memori, sama ada ianya di cut atau di copy, itu bergantung kepada si pemilik. Yang pasti manusia tidak boleh hidup tanpanya”
1- Mahar kebiasaannya mengikut tahap pencapaian akademik wanita kan, tapi kenapa tidak mengikut tahap kemampuan lelaki ? Mahar bukan yuran cikgu tuisyen.
2- Buah anggur jika sudah masak sangat manis dimakan dan halal. Tetapi jika disimpan terlalu lama, ia akan menjadi arak dan haram dimakan. Begitu juga perihal pasangan kekasih.
Introduce Yourself (ehem-ehem)
Hi guys, admin adalah seorang graduan dalam bidang —– & komunikasi daripada salah sebuah universiti swasta di Selangor. 4 tahun menyiapkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang tersebut.
Terdetik untuk menulis blog ni disebabkan blogger adalah salah satu daripada alat komunikasi seperti media social yang lain (facebook, twitter, instagram, etc) tetapi kini dilupakan. Tidak banyak daripada golongan muda terutama di Malaysia membuat bahan ilmiah santai di blogger sedangkan carian utama (SEO) akan membawa pencari ke halaman sebegini terlebih dahulu
Fokus utama :
- Merapatkan jurang pengetahuan antara Mahasiswa dengan masyarakat awam.
- Menjadikan media social sebagai salah satu alternetif mendapatkan ilmu selain jurnal etc.
- Membuka minda generasi baru kepentingan pengetahuan selain daripada yang diajar dalam buku.
Post akan dimuat naik 2 atau 3 kali seminggu pada peringkat awal, kemudian akan dikemaskini menjadi lebih kerap bergantung kepada content dan masa (admin ni sibuk jugak).
Siapa sasaran penulisan Cakna ?
- Generasi muda yang gemar melayari media social untuk mendapatkan sesuatu yang baru.
- Mereka yang hanya menghabiskan masa menghadap internet 24 jam tanpa manfaat.
- para gamers yang hanya bermain permainan 5 ke 8 jam sehari tanpa penghasilan (buang masa)
- masyarakat awam yang dahagakan bahan ilmu selain daripada apa diajar di dalam buku teks dan di sekolah.
Bersifat terbuka untuk membaca setiap penulisan di sini kerana content yang akan dihidangkan merupakan pandangan serta olahan yang mungkin berbeza dari pelbagai sisi pandang pembaca.
Oleh kerana blog ini masih baru, info-info dan bahannya agak pendek-pendek cuma Insyaallah ia bermakna dan bermanfaat buat semua pembaca.
Harapan admin kepada para pembaca supaya berfikir secara terbuka dan mengambil kira dari pelbagai sudut dan dapatan sebelum melontarkan sesuatu perkataan serta perbuatan.