Konvo

Semua mahasiswa pasti menantikan saat ini. Apabila segulung sijil tanda berakhir sesuatu peringkat pengajian tidak kira apa-apa sijil kelayakan sekalipun pasti berasa gembira pada hari konvokesyen. Cuma di sini admin akan bercerita tentang emosi pada hari kejadian.

Sudah pasti bukan terus habis-habis belajar kita terus ke majlis konvo kan. perlu menunggu sekian waktu bagi persiapan dilakukan. Pada masa itu kita bertemu rakan sahabat seperjuangan semula. Masa tu, ada yang telah berkahwin, bekerja, masih menganggur dan sebagainya. Di samping kehadiran ibubapa individu yang kita pernah tersuka tanpa sengaja, ada hati dalam diam dan bakal tunang atau pasangan hidup kita.

Rasa sedih, gembira, riang dan lain-lain semua ada pada saat itu. Semestinya pakaian yang dikenakan adalah yang terbaik serta terkini kerana menyambut hari bersejarah dalam dunia universiti atau kampus. Admin pun sebenarnya lagi sebulan nak konvo. Itu yang terdetik nak tulis blog ni. Masa tu banyak gerai akan dibuka. Antara gerai yang terkenal adalah gerai bunga, patung beruang pakai topi petak, gerai chocolate, gerai makanan, gerai gambar dan sebagainya yang dibuka oleh warga awam mahupun pelajar kolej sendiri.

Lepas habis majlis, semua keluar dewan sesi fotographer bersama keluarga, rakan dan pasangan kekasih (kalau ada). Masa tu berkenal-kenalan dengan bakal mertua dan ipar, makan sama-sama dan luahkan hasrat dihati,

Tapi dalam suasana yang ceria semasa majlis konvokesyen ni ada benda yang tak syok. Kan ? Mesti korang tahu apa. masa ambil dan pulang jubah. Huhh.! masa ni boleh buat gaduh, sekejap tukar tarikh dan sebagainya. pasal harga tu belum kira lagi. RM350 tu dalam tangan. belum campur ambil gambar saiz S ke saiz M ke itu harga lain. Orang muda kata “bukan beshe-beshe

Admin percaya lepas je habis semua balik rumah, penuh tag dalam media sosial gambar konvo, ucapan tahniah (walaupun pointer ke laut) dan soalan-soalan “sijil belajar dah dapat, sijil nikah bila lagi” dan lain-lain daripada sahabat maya. Belum kira soalan makcik dan uncle bawang yang tidak pernah tak sentap. So pandai-pandai lah korang siapkan awal-awal jawapan tu. Admin pun tengah buat skrip senang nak menjawap nanti.

Okay lah setakat ni saja. Terima kasih pada yang sudi baca sampai habis. korang memang terbaik…!!! Sambung artikel lepas admin selesai konvo ye nanti banyak benda boleh di update. Stay tuned.!

FUHLA

Fuhla adalah satu aplikasi yang diasaskan oleh developer dari Malaysia sendiri. Apps ini memberikan pengguna berupa RM yang boleh ditebus terus masuk ke akaun peribadi pengguna. Cara mendapatkan RM adalah dengan menginstall aplikasi yang ditawarkan dan mencuba aplikasi tersebut.

Setelah selesai download dan install aplikasi yang ditawarkan, pengguna akan mendapat sejumlah angka yang agak banyak dan teruskan membuka aplikasi itu setiap hari bagi mendapatkan mata ganjaran yang berikutnya. Wang yang terkumpul boleh ditebus dalam tempoh 30 hari (jika cukup nilai tebusan). Untuk menebus, pengguna memerlukan minimum MYR10 dan ingat, jangan unistall aplikasi sebelum cukup 30 hari dan selagi mana aplikasi itu ada dalam senarai fuhla.

Email yang admin dapat masa redeem haritu… yeay…

Dalam masa 14 hari bekerja, pengguna akan mendapatkan email pengesahan berkenaan status penebusan ganjaran yang ditebus. Jadi selalu-selalu lah semak email. Admin haritu memang tepai hari ke 14 duit masuk. fuuhhh …

Fuhla adalah aplikasi pertama yang dibina oleh YTODAY SDN BHD dan admin rasa kalau apps ni boleh pergi jauh, dia akan create satu apps lagi. So korang apa tunggu lagi, jum install sekarang. Admin sediakan link untuk korang Download di sini. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.fuhla.app dan masukkan kod ini untuk permulaan : 001177

BUZZBREAK

BuzzBreak adalah satu aplikasi yang menawarkan kepada pengguna ganjaran berupa sejumlah wang dalam transaksi USD. Apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan point bagi ditukar kepada usd adalah dengan membaca berita dan menonton video yang disediakan. Setiap 30 saat, pengguna akan mendapatkan 5 point dan ada bonus iaitu daily reward yang ganjarannya verjumlah lebih besar (150 – 800) point.

Pengguna boleh menebus point bermula dari 2000 point = 0.02$ (MYR 0.080) dan wang tersebut hanya boleh ditebus melalui akaun Paypal. Admin baru tebus 2 kali (gambar di bawah)

Kadar pertukaran mata wang USD – MYR adalah 1 : 4 dan pengguna boleh memilih jumlah point yang hendak ditukar berdasarkan apa yang ditunjukkan di bawah. Transaksi akan berjalan paling lewat 24 jam. Tapi admin dulu kali pertama dalam sehari, dan kali kedua dia masuk 30 minit. Maybe sebab first time tu owner nak linkkan akaun paypal dan kali kedua sistem dah ada rekod so senang terus masuk.

Apa yang menarik, ramai pengguna di Malaysia tidak memiliki akaun Paypal, jadi persaingan agak kurang berbanding apps yang menawarkan transaksi Ringgit Malaysia. Dengan itu sistem akan berjalan lancar 9setakat hari ini). Kalau korang banyak masa, mungkin boleh claim 0.50 usd / hari (RM2) jadi sebulan RM60 dah lepas duit bil telefon.

Admin ada sediakan Link di sini untuk korang terus download dan login di BuzzBreak http://bit.ly/2HFK2an dan masukkan kod ini untuk mendapatkan sedikit ganjaran permulaan ( B00912504 )