ZTV – stream

ZTV adalah satu aplikasi dalam format (apk) yang tidak terdapat di Google Play atau IOS Apps Store. Dengan aplikasi ini, anda boleh stream astro kegemaran pada bila-bila masa saja secara percuma (ada akses internet).

Di samping itu, apps ini menyokong dan mempunyai saluran lebih dari 30 buah negara dan disini anda boleh tonton secara percuma tanpa bayaran. Ia bergantung kepada signal kawasan pengguna. Kualiti yang bagus sesuai tontonan televisyen dan audio serta delay (+-10 saat) menjadikan aplikasi ini perlu ada dalam smartphone anda (hanya menyokong android) saja.

Mohon maaf kerana admin tak jumpa apa-apa gambar official berkenaan aplikasi ini. Di bawah admin sertakan video dan link apk untuk para pembaca download di smartphone masing-masing. tapi dah download nanti jangan syok sangat tengok tv sampai tak follow dah blog admin. Hihi.

Download apk installer Di Sini atau boleh click link dalam video description.

Konvo

Semua mahasiswa pasti menantikan saat ini. Apabila segulung sijil tanda berakhir sesuatu peringkat pengajian tidak kira apa-apa sijil kelayakan sekalipun pasti berasa gembira pada hari konvokesyen. Cuma di sini admin akan bercerita tentang emosi pada hari kejadian.

Sudah pasti bukan terus habis-habis belajar kita terus ke majlis konvo kan. perlu menunggu sekian waktu bagi persiapan dilakukan. Pada masa itu kita bertemu rakan sahabat seperjuangan semula. Masa tu, ada yang telah berkahwin, bekerja, masih menganggur dan sebagainya. Di samping kehadiran ibubapa individu yang kita pernah tersuka tanpa sengaja, ada hati dalam diam dan bakal tunang atau pasangan hidup kita.

Rasa sedih, gembira, riang dan lain-lain semua ada pada saat itu. Semestinya pakaian yang dikenakan adalah yang terbaik serta terkini kerana menyambut hari bersejarah dalam dunia universiti atau kampus. Admin pun sebenarnya lagi sebulan nak konvo. Itu yang terdetik nak tulis blog ni. Masa tu banyak gerai akan dibuka. Antara gerai yang terkenal adalah gerai bunga, patung beruang pakai topi petak, gerai chocolate, gerai makanan, gerai gambar dan sebagainya yang dibuka oleh warga awam mahupun pelajar kolej sendiri.

Lepas habis majlis, semua keluar dewan sesi fotographer bersama keluarga, rakan dan pasangan kekasih (kalau ada). Masa tu berkenal-kenalan dengan bakal mertua dan ipar, makan sama-sama dan luahkan hasrat dihati,

Tapi dalam suasana yang ceria semasa majlis konvokesyen ni ada benda yang tak syok. Kan ? Mesti korang tahu apa. masa ambil dan pulang jubah. Huhh.! masa ni boleh buat gaduh, sekejap tukar tarikh dan sebagainya. pasal harga tu belum kira lagi. RM350 tu dalam tangan. belum campur ambil gambar saiz S ke saiz M ke itu harga lain. Orang muda kata “bukan beshe-beshe

Admin percaya lepas je habis semua balik rumah, penuh tag dalam media sosial gambar konvo, ucapan tahniah (walaupun pointer ke laut) dan soalan-soalan “sijil belajar dah dapat, sijil nikah bila lagi” dan lain-lain daripada sahabat maya. Belum kira soalan makcik dan uncle bawang yang tidak pernah tak sentap. So pandai-pandai lah korang siapkan awal-awal jawapan tu. Admin pun tengah buat skrip senang nak menjawap nanti.

Okay lah setakat ni saja. Terima kasih pada yang sudi baca sampai habis. korang memang terbaik…!!! Sambung artikel lepas admin selesai konvo ye nanti banyak benda boleh di update. Stay tuned.!

FUHLA

Fuhla adalah satu aplikasi yang diasaskan oleh developer dari Malaysia sendiri. Apps ini memberikan pengguna berupa RM yang boleh ditebus terus masuk ke akaun peribadi pengguna. Cara mendapatkan RM adalah dengan menginstall aplikasi yang ditawarkan dan mencuba aplikasi tersebut.

Setelah selesai download dan install aplikasi yang ditawarkan, pengguna akan mendapat sejumlah angka yang agak banyak dan teruskan membuka aplikasi itu setiap hari bagi mendapatkan mata ganjaran yang berikutnya. Wang yang terkumpul boleh ditebus dalam tempoh 30 hari (jika cukup nilai tebusan). Untuk menebus, pengguna memerlukan minimum MYR10 dan ingat, jangan unistall aplikasi sebelum cukup 30 hari dan selagi mana aplikasi itu ada dalam senarai fuhla.

Email yang admin dapat masa redeem haritu… yeay…

Dalam masa 14 hari bekerja, pengguna akan mendapatkan email pengesahan berkenaan status penebusan ganjaran yang ditebus. Jadi selalu-selalu lah semak email. Admin haritu memang tepai hari ke 14 duit masuk. fuuhhh …

Fuhla adalah aplikasi pertama yang dibina oleh YTODAY SDN BHD dan admin rasa kalau apps ni boleh pergi jauh, dia akan create satu apps lagi. So korang apa tunggu lagi, jum install sekarang. Admin sediakan link untuk korang Download di sini. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.fuhla.app dan masukkan kod ini untuk permulaan : 001177