“Lain orang lain rezeki. Ada yang dapat anak dulu baru kawin, ada yang dah kawin tapi tak dapat anak. Ada yang belum grad dah jadi doktor dan ada yang dah lama grad tapi belum jadi doktor”
Inilah lumrah hidup manusia. Banyak sangkaan kita menjadi lebih baik untuk kita walaupun ada kalanya ia bukan apa yang kita mahu. Okay, macam serious pula intro admin. Dalam artikel kali ni admin nak buka minda korang yang sejuk beku akibat banyak minum boba tea tu.
Jodoh adalah rezeki, ajal pun adalah rezeki. Sebab ada yang ajal lambat dan ada yang ajal awal. Anak adalah rezeki, sudah pasti setiap nikmat yang diterima adalah rezeki. Begitu juga ujian dan musibah adalah rezeki. Manusia tak akan rasa nikmat sebelum daripadanya mesti ada ujian.

Tak salah inginkan sesuatu yang baru dan lebih baik (dari sangkaan kita), cuma mulakan dahulu dengan syukur dengan apa yang tiada dan rasai kenikmatan apa yang dimiliki tetap dengan bersyukur. Ada manusia dikurniakan penglihatan yang baik, tapi melihat mereka berkaca mata lebih mendapat nikmat kerana nampak menarik sedangkan dia lupa apa yang telah ada pada diri.
Manusia tak akan merasai sesuatu yang ada kecuali ianya hilang atau ditukar ganti dengan sesuatu yang baru tidak kira ia lebih baik atau sebaliknya. Kita lihat dalam soal perkahwinan, kawin 4 adalah rezeki manakala kawin seorang pun dikira rezeki. Sebab bukan semua manusia mampu walaupun mahu. Point admin disini adalah besederhana dalam menjalani alam kehidupan. Jangan taksub dengan sesuatu perkara kerana tiada syarat pemilikan apa jua di dunia kecuali hanyalah pinjaman.Bila-bila masa boleh ditarik semula.
Rezeki juga adalah ujian bagi setiap manusia. Setiap sesuatu yang datang pasti ada hikmah dan tanggungjawab tersendiri seperti isteri adalah rezeki dan isteri isteri adalah ujian bagi suami. Peperiksaan adalah ujian dan result adalah keputusan (tak beerti akhir) tetapi menunjukkan kesungguhan seseorang.

Kita membuat persiapan untuk peperiksaan sangat lama. Banyak kaedah dan masa digunakan untuk lulus. Tidak berbaloi untuk kita samakan hasil peperiksaan dengan usaha yang dibuat bagi tujuan peperiksaan. Mungkin rezeki kita tidak ditakdirkan begitu pandai berbanding yang lain. Ujian itu adalah menjurus kepada satu skop kecil dan bukan merangkumi semua bidang ilmu dan kepakaran (skill).
Ia mungkin menjadi penanda aras untuk sebuah perkara asas atau dijadikan ianya normal untuk pelajar mesti berjaya pada ujian dan masa depan mereka akan teserlah. Bukan semua guru yang ada hari ini memiliki skill mengajar yang sama. Ada diantara mereka cuma mempunyai sijil spm tetapi mampu mengurus dan menjadi cikgu yang baik kepada anak-anak mereka. Lihatlah Dia membahagikan rezeki kepada seluruh hamba-hamba-Nya.
Okay admin tutup posting kali ni dengan soalan yang korang sendiri kena jawab. Berapa kali korang minum Boba tea bulan ni? =)


